Kelemahan PdPR dan Cadangan Solusi

20 Januari 2021 merupakan tarikh bersejarah di mana sesi persekolahan bermula, dengan sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) diteruskan. Rata-rata ibubapa banyak mengeluh dengan operasi PdPR yang dikatakan lemah, dan tidak berjaya menerapkan pengajaran dan pembelajaran.

            Sekiranya situasi pelajar yang tidak hadir ke sekolah ini berterusan, beberapa potensi masalah bisa timbul. Antaranya ialah:

MasalahPunca
Pengajaran dan pembelajaran silibus tidak sempurnaKesukaran mengajar dan komunikasi ketika PdPR
Kesukaran mendapat fokus pelajar ketika PdPR
Masalah capaian internet dari sisi pengajar dan pelajar
Masa yang terhad
Bahan pembelajaran tidak mencukupi  
Hilang minat belajarKelemahan sistem pengajaran dan pembelajaran
Tiada unsur galakan, motivasi, saingan, kerana belajar berseorangan di rumah
Tiada pantauan, lebih-lebih lagi ibubapa bekerja, atau tidak mampu menguruskan hal pembelajaran ramai anak dalam suatu masa  
Hilang kemahiran dan keyakinan diri untuk komunikasi dan sosialTiada komunikasi dengan orang luar, terutama dengan rakan-rakan sebaya.
Tiada sistem yang menggalakkan penyuaraan pendapat seperti di sekolah.  
Cenderung tidak mampu mengikut suatu sistem, atau jadualHanya berada di rumah tanpa jadual yang tetap, dan hidup tanpa peraturan.
Tiada pantauan, lebih-lebih lagi ibubapa bekerja, atau tidak mampu menguruskan hal pembelajaran ramai anak dalam suatu masa.  
Lemah jasmaniTiada aktiviti riadah, fizikal, sebaliknya hanya banyak duduk dengan gajet, yang boleh menyebabkan obesiti, dan kerosakan penglihatan.  
Ketagihan gajetTiada aktiviti lain yang mahu dibuat (terutama kerana berseorangan, dan hilang minat untuk melakukan perkara lain).
Sistem PdPR sendiri memerlukan penggunaan gajet, meskipun bagi kanak-kanak sekolah rendah.  
Terpengaruh dengan tabiat negatifTerlalu banyak masa di rumah dan tanpa pantauan menyebabkan banyak masa terluang, banyak tidur, terdedah kepada bahan lucah.
Sistem PdPR sendiri seolah memberi alasan pelajar sentiasa memegang gajet, dan bersendirian di dalam bilik, dengan alasan belajar dan tidak mahu diganggu.  

           

Namun begitu, sistem persekolahan yang sudah lama kita gunakan selama ini, tidak mungkin dapat kembali dalam masa terdekat, rentetan penularan virus COVID-19. Oleh itu, kita mungkin berdepan (atau mungkin ramai yang sudahpun terkesan) dengan masalah di atas. Lebih membimbangkan lagi ialah, jumlah pelajar yang akan terjejas akibat kelemahan sistem ini, di mana pelajar di seluruh negara, dari Tahun 1 sehingga Tingkatan 5, untuk sekurang-kurangnya 1 tahun sesi persekolahan. Boleh dikatakan satu generasi rakyat Malaysia yang lemah, dek terganggu dengan masalah-masalah di atas, akan muncul menjadi orang dewasa, dan menjadi pemimpin negara kelak.

            Oleh hal yang demikian, semua ibubapa (dan pastinya para guru) mengharapkan solusi dari Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencegah penularan masalah-masalah di atas, atau pun untuk mengubati mereka yang sudahpun dilanda kesan-kesan negatif tersebut.

            Di sini saya sebagai seorang waris pelajar, dengan rendah hati, ingin mengemukakan beberapa cadangan untuk mengatasi kelemahan sistem pendidikan yang terjejas akibat penularan virus COVID-19 ini.

            Saya ingin menekankan, kebanyakan masalah di atas dapat dihindar atau diatasi, dengan 3 perkara penting iaitu, menghentikan penggunaan gajet untuk pembelajaran, memastikan pelajar disibukkan dengan perkara berfaedah, dan yang paling penting sekali ialah, menghadirkan kembali pelajar ke sekolah untuk pembelajaran.

            Umum mempunyai kebimbangan akan risiko jangkitan virus COVID-19 beramai-ramai di sekolah akibat kesukaran menjaga penjarakan sosial, atau mengamalkan sanitasi (pelitup muka, membasuh tangan) terutama bagi kanak-kanak. Namun, bahaya intelek dan sosial yang bakal melanda generasi anak-anak ini juga harus diambil serius. Oleh itu, fokus kita sekarang ialah, pertama, untuk mengubah sistem persekolahan agar lebih selamat dari risiko penularan virus COVID-19, dan kedua, bagaimana mengurangkan impak sekiranya berlaku juga situasi jangkitan.

            Di sini saya senaraikan beberapa cadangan rombakan sistem persekolahan untuk mencapai dua sasaran di atas.

  • Tambahkan jumlah kelas dengan jumlah murid yang lebih kecil untuk penjarakan sosial.
  • Maksimakan bilik-bilik yang mungkin tidak digunakan pada masa terdekat, sebagai kelas sementara, seperti Bilik Sumber dan sebagainya.
  • Adakan sesi persekolahan mengikut syif. Murid tidak perlu hadir ke sekolah setiap hari, sebaliknya hadir mengikut syif, juga untuk menepati penjarakan sosial.
  • Untuk mereka yang hadir ke sekolah juga perlu mengikut waktu syif, contohnya berbeza waktu masuk kelas, waktu rehat, waktu pulang, dan sebagainya, untuk mengelakkan pertembungan.
  • Kaji semula topik-topik utama dalam silibus yang perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran, dan hanya ajarkan topik-topik ini sahaja. Gunakan buku teks yang sedia ada untuk mengelakkan pembaziran sumber kemanusiaan untuk mengolah silibus lagi dan lagi. Mereka yang ahli dalam setiap subjek perlu sepakat dengan topik-topik yang penting ini, dan cara mengajarnya dengan lebih mudah, dan lebih berfokus.
  • Untuk memberi penekanan kepada topik-topik penting, kemungkinan beberapa subjek yang kurang mustahak perlu diketepikan dahulu untuk memberikan fokus masa pembelajaran dan sumber pengajar yang terhad, kepada yang lebih penting, contohnya subjek Pendidikan Seni.
  • Wujudkan kelas Pendidikan Jasmani sebagai ko-kurikulum (di luar waktu persekolahan), juga dalam bentuk syif. Aktiviti fizikal pelajar tidak wajar dihapuskan, cuma perlu dirombak supaya dilaksanakan dengan penjarakan sosial.
  • Antara waktu risiko penjarakan sosial tinggi ialah ketika pelajar menggunakan tempat dan alat yang dikongsi, seperti kelas, tandas, kantin, penggunaan kerusi meja, pinggan mangkuk kantin, dan sebagainya. Untuk mengurangkan kos sanitasi harian menggunakan bahan sanitasi, saya mencadangkan pembinaan sinki-sinki di laluan pelajar berdekatan kelas, dengan sabun pembasmi kuman. Dengan ini, pelajar-pelajar boleh mencuci tangan, sudu garpu, dan meja selepas makan, dan mencuci meja kerusi masing-masing sebelum pulang. Aktiviti mencuci meja/kerusi beramai-ramai selepas makan dan sebelum pulang ini juga boleh menerapkan tanggungjawab kepada para pelajar.
  • Satu lagi kerisauan ialah berkenaan waktu rehat. Sepertimana yang diamalkan dalam sesi pembelajaran akhir tahun 2020, semua pelajar hendaklah teruskan makan di kelas. Untuk ini, waktu rehat perlu dipanjangkan sedikit untuk memberi masa pembersihan selepas makan. Untuk mereka yang tidak membawa bekalan dan perlu membeli di kantin, saya mencadangkan pihak kantin membuka meja jualan makanan bungkus di setiap tingkat (atau selang satu tingkat), untuk mengurangkan pergerakan pelajar. Atau lebih baik, disediakan troli jualan dari kelas ke kelas. Diingatkan waktu rehat pelajar adalah berselang-seli mengikut kelas, maka perkumpulan di meja penjualan boleh dielakkan.
  • Di sini syif pelajar dan pengajar perlu diatur sebaik-baiknya untuk mengelakkan pertembungan syif. Hal ini penting untuk mengurangkan impak sekiranya jangkitan COVID-19 berlaku juga. Sebaik-baiknya guru yang sama mengajar satu-satu syif sahaja, namun kepakaran guru dalam subjek masing-masing pasti memerlukan guru subjek itu berjumpa pelajar dari syif yang lain, terutama untuk subjek sekolah menengah. Pada pendapat saya, penjarakan sosial pelajar sekolah menengah lebih mudah dikawal, dan kekuatan imuniti pelajar sekolah menengah mungkin lebih baik (hanya pandangan, dan bukan dari sebarang fakta) maka risiko penularan virus COVID-19 menjadi lebih rendah.
  • Bagi anak-anak yang ibubapanya bekerja, yang perlu ke sekolah, mungkin juga perlukan perkhidmatan bas dan transit. Namun dengan mengadakan sesi persekolahan mengikut syif, jumlah pelajar sehari-hari dapat dikurangkan (pelajar yang lain duduk di rumah).

Dalam cadangan ini, tidak berlaku isu kekurangan tenaga pengajar kerana pertambahan kelas, kerana jumlah pelajar yang hadir ke sekolah bukanlah seratus peratus dan hanyalah mengikut syif. Juga ditegaskan di sini, guru-guru belerja di sekolah seperti biasa, hanya pelajar yang masuk mengikut syif untuk mengurangkan jumlah pelajar pada satu-satu masa. Updated.

Manakala isu kesesakan topik yang diajar dalam masa satu syif pembelajaran dapat dielakkan sekiranya topik-topik penting sahaja yang dipilih untuk pembelajaran. Keadaan ini sama dengan operasi PdPR sekarang.

Selain itu, tidak berlaku persoalan di mana harus diletakkan anak-anak yang bukan dalam syif ke sekolah, kerana keadaan ini juga sama seperti sekarang.

Tentu sekali cadangan ini hanya boleh dilaksanakan di kawasan berkepekatan rendah kes jangkitan COVID-19, dan semua pihak harus bersedia untuk tindakan pantas untuk menghentikan syif sekolah sekiranya kes meningkat di kawasan tersebut. Cadangan ini juga hanya boleh dijalankan dengan selamat sekiranya semua pihak terutamanya ibubapa menyedari tanggungjawab untuk tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya bergejala, atau mempunyai kontak dengan pesakit COVID-19, atau pulang dari tempat berisiko tinggi.

Demikian beberapa cadangan saya untuk mengembalikan pelajar ke sekolah, dengan mengikut sistem syif, untuk memperbaiki sistem pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kita harus sedar yang anak-anak kita sudah tidak belajar selama setahun yang lepas, dan mungkin akan berterusan sekiranya tiada rombakan sistem yang agresif berlaku. Beberapa kos pelaburan mungkin perlu, seperti untuk sinki, troli dan sebagainya, namun kos itu tidaklah begitu tinggi, malah pulangan untuk selamatkan masa depan anak-anak kita, adalah lebih lumayan.

Saya berharap pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dapat mempertimbangkan cadangan-cadangan saya ini. Saya memohon maaf sekiranya ada kekhilafan bahasa atau pendapat.

2 thoughts on “Kelemahan PdPR dan Cadangan Solusi

Add yours

  1. Saya setuju..kalau sekolah menengah boleh buat..sekolah rendah xpasti..cadangan saya,kalau sekolah rendah murid hadir secara bergilir,contoh murid tahun satu isnin,selasa tahun 2 ,Dan seterusnya,mungkin terpaksa guna sabtušŸ˜…..murid boleh bersua dgn guru Dan boleh release tension jugak kalau jumpa dgn kwn2..satu Hari ni,guru boleh ajar subjek teras shj..pastu bagi tugasan yg berpada utk tempoh seminggu..skolah menengah(bukan semua),rehat ketua kelas akan ambil mkanan yg telah dipesan pada awal pagi..jadi,xdak byk sgt pergerakan..

    Liked by 1 person

Leave a comment

Website Powered by WordPress.com.

Up ↑